Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) - 14 Julai 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)

Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19


Cara Memohon:

1. Semua permohonan adalah secara atas talian (online) dengan melayari Portal Majlis Agama Islam Negeri Kedah di alamat : http://Awww.maik.gov.my atau https://ikerja.kedah.gov.my. (link admin ada sediakan di bawah)

2) Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada :

Majlis Agama Islam
Negeri Kedah Negeri Kedah Darul Aman
No. Telefon : 04-7026200

3) Permohonan jawatan kosong boleh dibuat mulai 01 Julai 2024 (Isnin) mulai 8.00 pagi.

4) Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Julai 2024 (Ahad) Jam 4.30 petang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)-banyakjawatanmy

Latar Belakang

Majlis Agama Islam Negeri  Kedah (MAIK) merupakan sebuah perbadanan (badan) agama khas telah wujud sejak Kerajaan Negeri Kedah menerima pakai  Undang-undang Islam di dalam sistem pemerintahnya iaitu di antara tahun 1136 – 1179. Badan ini kekal turun – temurun sehingga sekarang. Walaubagaimanapun , struktur dan fungsinya telah dibuat penambahbaikan secara berterusan melalui proses perundangan bagi membolehkannya mentadbir  urus hal ehwal agama Islam dengan berkesan dan selari dengan perkembangan semasa.

MAIK yang ada sekarang  ditubuhkan pada tahun 2008 mengikut seksyen  5 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang  Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 2008) iaitu undang-undang utama semasa yang digunapakai dalam mentadbir urus hal ehwal agama Islam negeri Kedah. Enakmen 2008 memperuntukkan identiti MAIK sebagai perbadanan boleh diubahsuai mengikut keperluan atau seperti yang dititah oleh Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.