Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 25 Julai 2024

Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED WA41 - 1 Kekosongan

2. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 4 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29 - 1 Kekosongan

4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19 - 1 Kekosongan

5. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 - 1 Kekosongan

6. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 1 Kekosongan


Cara Memohon:

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat https://www.lada.gov.my/jawatan-kosong/ (atau klik link yang admin sediakan di bawah)

 a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:-

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil Kelahiran;
iii. Sijil Berhenti Sekolah;
iv. Sijil Pelajaran Malaysia;
v. Sijil Ijazah dan transkrip; dan
vi. Lain-lain sijil yang berkaitan (kurikulum & kokurikulum) 

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIMOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai 2024 (Khamis)




Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.