Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) - 1 Ogos 2024 [392 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Jawatan:

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SERTA PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN (SEMENANJUNG)

KELULUSAN MINIMUM: SPM / SVM / SPM & SKM

1. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19 - 392 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00); atau

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab memilih, mengasingkan dan menerima makanan basah/ mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal. Menyimpan makanan dalam stor, chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan serta melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Serta Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Ogos 2024 (Khamis) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)-banyakjawatanmy

Sejarah

KPWKM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluas dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara.