Jawatan Kosong 2024 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)
Jawatan:
1. KERANI (PENILAI EMAS)
Syarat Kelayakan:
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat SPM/SPMV;
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang Ar-Rahnu;
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan emas adalah diutamakan;
- Berintegriti, amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan tugas serta boleh bekerja secara berpasukan;
- Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik serta boleh berkomunikasi dengan baik;
- Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan termasuk rabun warna; dan
- Boleh ditempatkan di mana-mana cawangan jika berjaya di dalam temuduga.
Cara memohon:
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN yang terdapat di laman web http://www.kpf.my/informasi/kerjaya.html dan dikemukakan ke alamat seperti berikut:
Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Aras 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-26942095 samb. 119/171
adminhr.kpf@felda.net.my
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga
Tarikh tutup : 14 Julai 2024
Company Overview
KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.
Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan, pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias. Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).