Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)
Jawatan Tetap:
1. PEMBANTU PENILAIAN W19
2. PEMBANTU AWAM H11
3. PENGHANTAR NOTIS H11
Jawatan CFS:
1. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED 29
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED 29
Tarikh Tutup Permohonan : 09 Julai 2024 (Selasa)
Sebelum tahun 1956, Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis terletak di bawah "Town Board Enactment F.M.S. Cap 137" yang melibatkan tujuh kawasan pekan iaitu Kangar, Arau, Kuala Perlis, Simpang Empat, Kaki Bukit, Padang Besar dan Pauh. Keseluruhan kawasan Kerajaan Tempatan adalah seluas 2,848 kilometer persegi dengan bilangan penduduknya seramai 13,910 orang.
Kawasan Kerajaan Tempatan pada ketika itu, telah ditadbir oleh Lembaga Kesihatan atau dikenali oleh masyarakat setempat sebagai "Sanitary Board". Pengerusi lembaga berkenaan adalah Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dengan dibantu oleh 11 orang Ahli Lembaga yang berkuasa memberi nasihat kepada Pesuruhjaya tersebut. Dari segi kewangan, anggaran perbelanjaan dan hasil disediakan sama seperti jabatan kerajaan yang lain iaitu sebahagian daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri disamping sebahagian lagi oleh Kerajaan Tempatan sendiri.