Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Perdana Menteri - 24 Julai 2024 [38 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Perdana Menteri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perdana Menteri

Jawatan:

JABATAN PERDANA MENTERI SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/ JABATAN (SARAWAK)

KELULUSAN MINIMUM: PMR/PT3

1. PENGHANTAR NOTIS GRED N11 - 38 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00)

 
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi.


Syarat Lantikan:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perdana Menteri Serta Di Pelbagai Kementerian/ Jabatan (Sarawak). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Julai 2024 (Rabu) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Perdana Menteri-banyakjawatanmy

Mengenai Kami

Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi 12 bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perolehan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Penasihat Undang-Undang, dan Unit Integriti.

Kesemua 12 bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSU (P)) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan (TKSU (K&P)).