Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) - 11 Julai 2024

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/SIJIL MATRIKULASI KPM/SIJIL/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI GEOSAINS GRED C29 - 2 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM1,357.00
Gaji Maksimum : RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,357.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap) 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19 : RM1,413.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,469.80)


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Julai 2024 (Khamis) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

Pengenalan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ditubuhkan melalui penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan Jabatan Galian pada 1 Julai 1999. Penggabungan ini bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua agensi tersebut yang berada di bawah Kementerian Perusahaan Utama (KPU) ketika itu.

Sejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh penjajah British bagi tujuan pengawalseliaan perlombongan bijih timah di Larut. N.G.A. Geddie, seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu Galian pertama.