Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Digital Negara - 1 Ogos 2024 [437 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Digital Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Digital Negara

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM / SVM / SPM & SKM

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 - 437 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,377.00)
atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,435.12)
atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,493.24)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Digital Negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Ogos 2024 (Khamis) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Digital Negara-banyakjawatanmy-SPA

Sejarah

Menyingkap tabir sejarah, MAMPU telah ditubuhkan hasil daripada Laporan ‘Development Administration in Malaysia’ oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam. Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan bagi mengembangkan usaha-usaha pembaharuan pentadbiran Kerajaan. DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunan serta perancangan tenaga manusia. Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977. Pada tahun 1986, fungsi perancangan tenaga manusia telah dipindahkan kepada beberapa agensi lain bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pemodenan tadbiran dan perundingan pengurusan Sektor Awam. Sejak itu, ICDAU dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Penubuhan Kementerian Digital telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim pada 12 Disember 2023. Susulan pengumuman tersebut, MAMPU telah ditukar portfolio ke Jabatan Digital Negara (JDN) dan jabatan ini telah diletakkan di bawah Kementerian Digital.