Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
Jawatan:
1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41 - 1 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 - 2 Kekosongan
3. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 1 Kekosongan
4. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) JA29 - 1 Kekosongan
5. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29 - 1 Kekosongan
6. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19 - 4 Kekosongan
7. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 - 5 Kekosongan
8. PEMANDU KENDERAAN H11 - 2 Kekosongan
9. PEMBANTU AWAM H11 - 2 Kekosongan
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 08 Julai 2024 (Isnin)
Klik Untuk Baca Iklan Lengkap Jawatan
Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.
Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.
Pejabat Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa pemerintahan Raja George VI.