Jawatan Kosong 2024 di Pusat Pengurusan Penjanaan UKM | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR N41
Pengenalan
JANA@UKM adalah pusat yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksana aktiviti penjanaan pendapatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
JANA@UKM ditubuhkan pada 1 Ogos 2015, bagi menyokong usaha penjanaan UKM selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) di mana Universiti Awam perlu menjana pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Sasaran umum penjanaan yang ditetapkan adalah 30% dari keseluruhan kos operasi menjelang 2020.
Pada 30 Jun 2021, UKM telah menjenamakan semula JANA@UKM kepada Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) dengan penambahbaikan kepada perniagaan teras (Core Business). JANA@UKM beroperasi secara profesional dan meningkatkan kualiti penawaran perkhidmatan pengurusan penjanaan dan pengurusan pembangunan hartanah kepada Pusat Tanggungjawab dan entiti lain.
Perkhidmatan berkaitan penjanaan pendapatan dapat diberikan secara efektif dan JANA@UKM menjadi pusat setempat (One Stop Centre) serta penjanaan yang mampan dan lebih berkesan dapat dilaksanakan.