Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Temu Duga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 3 & 4 Ogos 2024

Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri temu duga terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jawatan:

1. ARTIS BUDAYA (PENARI) - LELAKI / WANITA

Kekosongan Jawatan : 17
Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat Dan Seni
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Perkhidmatan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred Jawatan/Gaji : Gred B19, RM 1,360.00 – RM 4,032.00 








Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Latar Belakang

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.