Jawatan Kosong 2024 di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Malaysian National News Agency (BERNAMA)
Jawatan:
1. WARTAWAN PENYIARAN
Tarikh tutup permohonan : 26 Julai 2024 (Jumaat)
2. PEMBANTU PENERBIT
Tarikh tutup permohonan : 27 Julai 2024 (Sabtu)
*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Pengenalan
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah jurisdiksi Kementerian Penerangan Malaysia. BERNAMA memberi perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa (real time) kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia dan Singapura.
Peranan BERNAMA sebagai sumber berita nasional yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini terutama yang berkaitan dengan kewangan dan berita am. Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing ialah pelanggan-pelanggan BERNAMA.