Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) - 1 Julai 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP)


Jawatan:

1. PEGAWAI PENGUAT KUASA KP41

2. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29

3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

5. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19


Cara Memohon:

1. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendak dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Salinan Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

2. Bagi kelayakan Sijil / Diploma/ Ijazah perlu diiktiraf kelayakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), melalu Laman Web Interaktif - https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.

3. Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan butiran dan maklumat yang diperlukan.

4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Julai 2024 (Isnin)





Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP)-banyakjawatan

Latar Belakang

Sejarah awal penubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan diterima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk pentadbiran bandar Sungai Petani diwujudkan.

Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.

Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan MDKT.KM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) dan telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).