Jawatan Kosong 2024 di Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation)
Position:
1. PEMBANTU OPERASI (SETARAF GRED N11)
Close date : 07 Julai 2024
Syarat Lantikan:
- Warganegara Malaysia; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
- Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalamtempoh percubaan P).
Deskripsi Tugas:
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
- Bertanggungjawab mengendalikan, menyelenggara serta memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayan fizikal di dalam pejabat.
Perhatian:
- Permohonan yang dihantar tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA
- Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ada ditanggung oleh calon sendiri.
Makluman:
i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini
ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..
Sejarah Penubuhan
Lebih 2 dekad Negeri Sembilan bukan sahaja telah mencipta kegemilangan dan kemajuan tetapi legasi dan masa hadapan. MBINS juga dikenali sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) telah ditubuhkan dibawah Enakmen Tiga (3) Kerajaan Negeri Sembilan 1951.