Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kimia Malaysia - 4 Julai 2024 [64 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Jabatan Kimia Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/ SPM & SKM

1. PEMBANTU MAKMAL GRED C19 - 64 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,357.00
Gaji Maksimum : RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,357.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,413.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19: RM1,469.80)


4. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Kimia Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Julai 2024 (Khamis) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Kimia Malaysia-banyakjawatan

Mengenai Kami

Jabatan Kimia Malaysia terdiri daripada rangkaian makmal di seluruh negara yang menyediakan analisis, penyiasatan dan perundingan saintifik kepada agensi kerajaan. Ia bertujuan untuk menyokong penguatkuasaan undang-undang bersama-sama dengan pelaksanaan program yang berkaitan dengan keselamatan air, makanan, alam sekitar dan produk perindustrian untuk melindungi dan memajukan kesihatan awam dan keselamatan kepada orang awam, dan melindungi kepentingan pengguna juga sebagai kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Penyediaan perkhidmatan ini boleh didapati di seluruh negara termasuk makmal yang terletak di Ibu Pejabat di Petaling Jaya bersama-sama dengan 13 lokasi strategik lain di Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Bintulu.

Post a Comment

Post a Comment