Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia - 4 Julai 2024 [24 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM & SIJIL PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN

1. PENGAWAS HUTAN GRED G19 - 24 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,357.00
Gaji Maksimum : RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. Warganegara Malaysia; dan  

b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,413.40) atau

(ii) SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,469.80)


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia seluruh negera. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Julai 2024 (Khamis) jam 11:59 malam



Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia-banyakjawatan

Pengenalan

Organisasi
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia dan terdiri daripada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, 11 Jabatan Perhutanan Negeri dan 33 Pejabat Hutan Daerah di seluruh Semenanjung Malaysia. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah Perhutanan dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan. Pada akhir tahun 2014, bilangan tenaga kerja adalah seramai 5,121 orang.

Fungsi Jabatan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.

Post a Comment

Post a Comment