Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) - 2 Julai 2024 [113 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/STAM/SIJIL MATRIKULASI KPM/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29 - 113 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau

diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95)

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Julai 2024 (Selasa) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)-banyakjawatan

Latar Belakang

Agensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatanya iaitu AADK (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan atau ADK) telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).

Post a Comment

Post a Comment