Jawatan Kosong 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Jawatan:
1. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI
(PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN) 29
2. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI
(PEMBANGUNAN SISTEM) 29
3. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI
(PENERBIT RANCANGAN) 19
4. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI 19
5. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
Panduan Permohonan:
1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
4. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
4.1 bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
4.2 telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)
5. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
6. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
7. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
9. Setiap permohonan jawatan dikenakan RM 10.00 bagi satu (1) jawatan.
10. Calon perlu memastikan maklumat di dalam Myjobs adalah lengkap bagi memastikan permohonan dapat diproses selanjutnnya.
11. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
12. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05 – 450 6328 / 6338 / 6399
*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2024 (Selasa)
Latar Belakang
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.