Jawatan Kosong 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
Kerani
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
Kerani (Bidang: Hal Ehwal Islam)
3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
4. PEMANDU KENDERAAN H11
Cara-Cara Membuat Permohonan:
1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perlis melalui https://perlis.uitm.edu.my/
2. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN
BENAR dari salinan asal;
a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
b) Salinan Sijil Tamat Persekolahan Menengah
c) Sijil Sijil SPM,PT3/PMR atau setaraf
d) Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman
kerja/ penetapan gaji
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
4. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di penjuru
kiri (atas) sampul surat.
5. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 MEI 2024 (ISNIN)
Sila kemukakan permohonan kepada :
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU
PERLIS
(04-9882207/2210/2204)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mei 2024 (Isnin)
Sejarah UiTM Perlis
Sebagai Kampus Cawangan UiTM yang ketiga tertua, UiTM Cawangan Perlis merupakan kampus cawangan yang terbesar selepas kampus induk Shah Alam. UiTM Cawangan Perlis telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah sebuah institusi pengajian awam tersohor di Perlis. Penubuhannya bermula dengan perasmian pada 5 Julai 1974 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 258 orang yang mengikuti 6 program yang ditawarkan; 1 program persediaan dan 5 program diploma. Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu ialah 15 orang dan dibantu oleh 31 kakitangan pentadbiran dan staf sokongan.