Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Selama | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Selama
Jawatan:
1. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,353.00
Gaji Maksimum : RM 4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. ⦁ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
⦁ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
⦁ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.
Permohonan:
Permohonan adalah secara online iaitu melalui http://digital.perak.my mulai 02 Mei 2024. (link admin ada sediakan di bawah)
Catatan Am:
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
*Sila baca arahan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mei 2024 (Khamis)
Latar Belakang
Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi. Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang. Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.
Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance. Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance. Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan. Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.
Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat. Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.