Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 15 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Jawatan:

1. SETIAUSAHA PEJABAT N29
MIN : RM1,493.00
MAKS : RM5,672.00

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
MIN : RM1,493.00
MAKS : RM5,672.00

3. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
MIN : RM1,496.00
MAKS : RM5,676.00

4. PENOLONG AKAUNTAN W29
MIN : RM1,498.00
MAKS : RM5,678.00

5. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
MIN : RM1,377.00
MAKS : RM4,052.00

6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
MIN : RM1,352.00
MAKS : RM4,003.00

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19
MIN : RM1,352.00
MAKS : RM4,003.00

8. PEMBANTU PENYELIDIK Q19
MIN : RM1,355.00
MAKS : RM4,007.00

9. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
MIN : RM1,353.00
MAKS : RM4,005.00

10. OPERATOR LOJI H11
MIN : RM1,218.00
MAKS : RM2,939.00

11. PEMANDU KENDERAAN H11
MIN : RM1,218.00
MAKS : RM2,939.00

12. PEMBANTU AWAM H11
MIN : RM1,218.00
MAKS : RM2,939.00

13. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
MIN : RM1,205.00
MAKS : RM2,939.00


Syarat Umum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

5. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Tatacara Permohonan:

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred
jawatan secara atas talian melalui pautan dalam JADUAL 1 di bawah.

2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.



Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup permohonan : 15 Mei 2024 (Rabu)




Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.