Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - 13 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  IJAZAH SARJANA MUDA

1. JURUTERA GRED J41 (MEKANIKAL) - 11 Kekosongan

Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan  

(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).


*Sila baca iklan jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini


Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Latar Belakang

Sebelum pembentukan Jabatan parit dan Tali Air (JPT) pada tahun 1932, semua kerja yang berkaitan dengan parit dan tali air menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Malaysia. Ekoran kemerosotan industri timah dan getah pada lewat tahun 1920-an dan keadaan beras yang menjadi semakin runcing di negara ini, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik Jawatankuasa Penanaman Padi pada tahun 1930 untuk menentukan "langkah terbaik yang perlu diambil bagi menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu".