Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - 4 Jun 2024 [400 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM & SKM

1. 
PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19 - 300 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,362.00
Gaji Maksimum : RM4,034.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


KELULUSAN MINIMUM: SPM/ SVM

2. PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED AB19 - 100 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,362.00
Gaji Maksimum : RM4,034.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Jun 2024 (Selasa)  jam 11:59 malam





Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Latar Belakang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.

Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor, Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan.