Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak - 26 April 2024

Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Taman Negeri Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak


Jawatan:

1. JURUTERA GRED J41


Kelayakan / Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan

c) (i) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan

(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia
(Gaji permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)


Bidang Tugas:

i) Mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan eletrik di agensi ;

ii) Menyediakan maklumat rekabentuk, lukisan kejuruteraan yang diperlukan ;

iii) Mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja di kawasan pembinaan di tapak projek serta penyediaan laporan kemajuan kerja ;

iv) Merancang bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan apa-apa bangunan (aset) milik agensi ;

v) Merancang bagi pelaksanaan kerja-kerja kawalan, pengujian dan penyenggaraan berkala peralatan elektrik ;

vi) Melibatkan diri dalam apa-apa perkara berkaitan pengauditan ;

vii) Membantu pihak pengurusan agensi dalam penyediaan mengenai projekprojek pembangunan agensi ;

viii) Melaksanakan apa-apa arahan dari masa ke semasa ;


Cara Memohon:

- Pemohon yang berminat hendaklah mengisi secara online di e-perjawatan, portal Digital Perak.


Catatan:

- Tarikh tutup permohonan pada 26 April 2024 (Jumaat)

- Permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga, manakala calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dan tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak Berjaya.

- Calon yang dipanggil temuduga perlu membawa sijil asal semasa sesi temuduga dijalankan.

- Segala kos pengangkutan adalah dibawah tanggugan sendiri.


* Sila baca iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini




Jawatan Kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak

Latar Belakang

Perbadanan Taman Negeri Perak ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6). Perbadanan Taman Negeri Perak adalah merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Perak. Ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara. Mula beroperasi sebagai perbadanan pada 1 Januari 2004, dengan seorang anggota iaitu pengurus besar.

Kira-kira 200 tahun yang lalu, Kampung Belum Lama telah dibuka oleh pasangan diraja dari Kerajaan Patani / Siam (pemerintahan Raja Reman / Rahman) yang dikenali sebagai Wan Agas. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan memanggilnya dengan nama Tok Mekong Gas dan Tok Pulang Hari.