Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) - 3 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Kelayakan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

ii SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

ii SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan makiumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pengisian Jawatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang boleh didapati melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan melayari www.maips.gov.my dan kaunter pentadbiran ini.

Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab calon.

Semua permohonan jawatan perlu disertakan resume dengan sekeping gambar terkini berukuran passport, bersama salinan sijil/ dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut;

i) Kad pengenalan
ii)  Sijil kelahiran
iii)  Sijil tamat persekolahan
iv)  Sijil-sijil AKkademik
v)  Sijil kegiatan luar (Jika ada)
vi) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas berkaitan dengan jawatan dipohon.

Permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak Berjaya.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Sila tulis ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan Jawatan yang dikemukakan.

Permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan atau dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS
NO. A2, TAMAN PENGKALAN ASAM
JALAN TUANKU SYED PUTRA
01000 KANGAR
PERLIS


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 03 Mei 2024 (Jumaat)


Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Latar Belakang

Menelusuri sejarah, semasa di era pemerintahan Siam dan Inggeris, hal ehwal Agama Islam di Negeri Perlis ditadbir oleh Raja Pemerintah yang diangkat darjat sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Rentetan itu, DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Alwiibni Almarhum Syed Safi Jamalullail telah menubuhkan Majlis Agama Islam Perlis pada tahun 1920. Setelah Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Januari 1948, telah ditubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 1 Februari 1948 (Jabatan Perdana Menteri, 2013)

Penubuhan MAIPs adalah selari dengan perkenan DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis ke-6 yang telah mengurniakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis pada tanggal 1 Februari 1948. DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Jamalullail telah mengasaskan perlembagaan Negeri Perlis yang pertama melalui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang dianggap sebagai dokumen bertulis buat julung-julung kalinya bagi Kerajaan Perlis.