Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Jawatan:
1. PENDIDIK MASYARAKAT (SPAKK)
2. PENDIDIK MASYARAKAT (GANTI)
3. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN
4. PEMBANTU TADBIR
5. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF OPERASI
6. TENAGA PENGAJAR
7. PENOLONG PEGAWAI KOMUNIKASI
8. PENOLONG JURUTERA
9. PEGAWAI PEMANTAU
10. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF PENTADBIRAN
11. PEGAWAI EKSEKUTIF PENTADBIRAN
12. PEGAWAI KOMUNIKASI/SERANTA
*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 07 Februari 2024 (Rabu)
Pengenalan
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”.
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.