Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:
Jawatan:
1. PEGAWAI KEWANGAN W41
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
3. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRONIK) JA29
4. PEMANDU KENDERAAN H11
5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
7. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
8. PEMBANTU OPERASI N11
9. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENERBIT RANCANGAN) N29
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
12. JURUTERA J41
13. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
Cara Memohon:
1) Semua permohonan adalah secara dalam talian menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my (link admin ada sediakan di bawah) mulai 16 Oktober 2023 (Isnin).
2) Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00 melalui sistem mypayment.
3) Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
4) Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke: norazah@usim.edu.my (Norazah Md Yusup) / noorjannah@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi).
*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 29 Oktober 2023 (Ahad)
Sejarah Penubuhan USIM
Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.