Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Jawatan:
(Contract For Service)/Jawatan Berasaskan Caruman (JBC)
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
3. AKAUNTAN WA41
4. PEGAWAI SYARIAH LS41
5. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
Cara Memohon:
Permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online menggunakan https://jawatankosong.kelantan.gov.my/ (link admin ada sediakan di bawah)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Blok 2, Aras 1,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 KOTA BHARU
Seksyen Pembangunan Organisasi
(09) 748 1957 samb. 2142 dan 2119
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20 tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna "jurutulis" .Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891—1899).
Di awal pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899—1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai "Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.
Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.