Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) - 1 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS)


Jawatan:

1. PENGHANTAR NOTIS GRED N11

2. PEMBANTU AWAM H11

3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19

4. PEMBANTU SYARIAH GRED LS19

5. PENGAWAS HUTAN GRED G19

6. PEMBANTU MAKMAL GRED C19

7. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

8. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA GRED JA29

9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29

10. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29


Makluman:

Permohonan adalah melalui atas talian (online). Admin ada sediakan link di bawah untuk memudahkan tuan/puan untuk masuk ke laman web SPNS. 

Anda perlu membuat akaun baharu jika belum berbuat demikian. Jika pernah atau ada id dan kata laluan, hanya perlu login sahaja untuk memohon selepas membaca syarat kelayakan. Jika lupa katalaluan, anda boleh klik pada lupa katalaluan di dalam lamanweb tersebut. 

Semoga anda dipermudahkan urusan semasa memohon dan dimurahkan rezeki mendapat pekerjaan yang dipohon. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 01 Oktober 2023 (Ahad)




Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNS)

Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ( SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Fasal 97(9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang – Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-

“ Tertakluk  kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan-peruntukan bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan yang diliputi bidang kuasanya.”

Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya  boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan  kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.