Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan - 18 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Labuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Labuan


Jawatan:

1. SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MYSTEP) GRED 19

Pendidikan : Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia
Gaji : RM1700.00
Tempoh Perkhidmatan : *Mulai tarikh lapor diri sehingga tidak kurang daripada sebulan dan tidak melebihi 12 bulan 
Kekosongan : 1


Syarat Lantikan / Kriteria Calon 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i) Warganegara Malaysia

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

iv) Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan


Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan


Syarat Permohonan:

i. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui Laman Web: www.pl.gov.my;

ii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan seperti berikut:

a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini;

b. Salinan kad pengenalan;

c. Sijil lahir pemohon; (pemohon dan Ibubapa)

d. Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik; (PT3/PMR/SPM)

e. Sijil berhenti sekolah; dan

f. Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. (semua salinan dokumen yang dinyatakan di atas perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan)

iii. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (ii) dan (iii) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak; dan

v. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Ogos 2023 (Jumaat)




Latar Belakang

Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)