Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung
Jawatan:
1. PEMBANTU AWAM GRED H11
Pemandu Bot (Tanpa Waran Jawatan Tetap) - 2 Kekosongan
Gaji Minimum : RM1,218.00 – Maksimum : RM2,939.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Syarat Tambahan : Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kelayakan Matematik:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki (sekurang-kurangnya Gred E) bagi Pentaksiran Tingkatan Tiga dan (sekurang-kurangnya Gred D) bagi Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dalam subjek Matematik.
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (on/ine) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my.
Catatan Am:
(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temu duga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendakiah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian / temu duga:
(i) Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
(ii) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
(iii) Surat perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 23 Ogos 2023 (Rabu)
Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-
Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
Kawasan Kawalan (121.35 km persegi)