Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) - 17 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
Minimum : RM2,080.00 – Maksimum : RM9,546.00

2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
Minimum : RM2,080.00 – Maksimum : RM9,546.00

3.  PEGAWAI PENILAIAN GRED W41
Minimum : RM2,094.00 – Maksimum : RM9,585.00

4. JURUTERA GRED J41
Minimum : RM2,529.00 – Maksimum : RM9,643.00

5. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
Minimum : RM2,529.00 – Maksimum : RM9,643.00

6. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29
Minimum : RM1,773.00 – Maksimum : RM5,674.00

7. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
Minimum : RM1,377.00 – Maksimum : RM4,052.00

8. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Minimum : RM1,218.00 – Maksimum : RM2,939.00


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Ogos 2023 (Khamis)





Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Latar Belakang

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.