Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 31 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Amanah Rakyat (MARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GRED DG41)
PELBAGAI BIDANG /SUBJEK

2. PEMBANTU MAKMAL (GRED C19)

3. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT19)

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19)

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W19)

6. PEMBANTU OPERASI (GRED N11)

7. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)


Cara Memohon:

i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.

ii. Permohonan hanya boleh di buat secara dalam talian melalui laman web MARA (link admin sediakan di bawah)

iii. Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.

iv. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara
terperinci pada hari temu duga.


Kaedah Pelaksanaan:

i. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat skim perhidmatan yang ditetapkan sahaja akan diproses.

ii Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

iii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

iv. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup Permohonan : 31 Ogos 2023 (Khamis)
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Latar Belakang

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.