Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G29 - 60 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,494.0
Gaji Maksimum : RM 5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Kelayakan Lantikan Ke Gred G29 :
Kelayakan Masuk : Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus : diploma dalam bidang sains biologi, perhutanan, mikrobiologi, sains pengurusan hidupan liar, sains hayat, sains perkhidmatan veterinar/kesihatan, sains haiwan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : G29: RM1847.86
DAN
Syarat Lantikan Tambahan :
Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
DAN
Bidang Kelayakan Akademik : Perhutanan , Sains
Bidang Lain
Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2023 (Isnin) jam 11:59 malam
Sejarah
Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.