Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Institut Sukan Negara (ISN) - 28 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Institut Sukan Negara (ISN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Sukan Negara (ISN)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED U43/ UD47/ UD51/ UD53

2. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S29

3. JURUFOTOGRAFI GRED B19

4. PEMBANTU OPERASI GRED N11


Syarat Lantikan:

Syarat lantikan secara terperinci berserta maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman web Institut Sukan Negara (ISN) di www.isn.gov.my.


Perhatian Kepada Pemohon:

> Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan dihantar selepas tarikh tutup iklan, akan 
DITOLAK.

> Hanya pemohon yang dipanggil TEMU DUGA sahaja perlu membawa dokumen-dokumen asal, sijil dan salinan yang telah disahkan.

> Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Cara Memohon:

Permohonan yang lengkap perlu diemel kepada:

Emel:kerjaya@isn.gov.my
(Untuk Perhatian : Puan Chitra Devi Arumugam)

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :- 03-8991 4532 ( Unit Perkhidmatan )


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Julai 2023 (Jumaat)



Jawatan Kosong 2022 di Institut Sukan Negara (ISN)  banyakjawatan

Latar Belakang

Institut Sukan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan terhadap peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN kerana kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia adalah melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan yang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia.

Bagi mempersiapkan pembangunan dan perkembangan aplikasi sains, perubatan dan teknologi sukan yang unggul dan bertaraf dunia, ISN telah menyediakan satu pelan perancangan jangka panjang bermula dari tahun 2013 hingga 2020 bagi menentukan hala tuju pembangunan dan perkembangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara yang bersepadu dan menyeluruh ke arah merealisasikan hasrat Pelan Strategik KBS, Wawasan 2020 dan Misi Nasional.