Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - 27 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


Jawatan:

1. PEGAWAI TABIR N41

1. Bertanggungjawab dalam urusan merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program FELDA berkaitan organisasi, pentadbiran, kewangan, sistem maklumat dan pengurusan personel di Jabatan.

2. Mengawal dan memastikan supaya undang-undang dan peraturan dipatuhi sepenuhnya. 

3. Memberi khidmat kepakaran dan khidmat nasihat berkaitan penyelidikan, pembangunan dan pemodenan pengurusan.


2. PEGAWAI UNDANG - UNDANG L41

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Julai 2023




Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).