Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) - 23 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN DAN OPERASI) (N19)

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan : Pelaksana
Agensi : Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)
Penempatan : Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi
Gred Jawatan : N19

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Mempunyai kelulusan berikut :

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80) 


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). Calon akan ditempatkan di Bahagian Perancangan Pembangunan & Ekonomi.


Cara memohon:

Permahonan hendaklah mengemukakan resume, gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil-Sijil Akademik yang telah disahkan.

Emel : jawatankosong@pkb.gov.my atau hantar ke:

Alamat :

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur
(u.p: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Jun 2023 ( Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

Latar Belakang

Kampong Bharu dibangunkan sejak 113 tahun lalu, terletak di Seksyen 41, Bandar Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan 307.34 ekar (124.37 hektar). Pecahan kategori tanah adalah seperti berikut : 1. Kawasan M.A.S (Malay Agriculture Settlement) seluas 222.76 ekar (89.70 hektar) mengandungi 7 buah kampung tradisi yang diwartakan pada 11 Januari, 1964.