Jawatan Kosong 2023 di Polis Diraja Malaysia (PDRM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Jawatan:
1. INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI & WANITA) AWAM
Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.
Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :
26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023
Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Julai 2023 (Isnin)
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Latar Belakang
Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,336 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.