Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Tutup

Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) - 19 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)


Jawatan:

1. OPERATION ASSISTANT GRADE N11


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Penetapan Gaji Permulaan

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Tempoh Percubaan

4. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.


Latihan

5. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


Program Transformasi Minda

6. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan .


Pengesahan Dalam Perkhidmatan

7. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


Pergerakan Gaji Tahunan

8. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


Keperluan Kompetensi Dan Potensi

9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.


Kenaikan Pangkat Ke Gred N14

10. Pembantu Operasi Gred N11 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Operasi Gred N14 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


Kenaikan Pangkat Ke Gred N16

11. Pembantu Operasi Gred N14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Operasi Gred N16 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


Kenaikan Pangkat Ke Gred N18

12. Pembantu Operasi Gred N16 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Operasi Gred N18 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Pengenalan

The incorporation of CAAM is in line with the requirement of the International Civil Aviation Organization (ICAO) which has called upon contracting states to the Chicago Convention to establish an autonomous civil aviation authority to ensure efficient management of the safety and security of the civil aviation.

The regulatory responsibility of civil aviation technical matters is vested in CAAM. CAAM’s main role is to contribute to the development of Malaysia’s civil aviation technical sector and mandated to comply with ICAO’s standards so as to keep aviation safe, secure and efficient.

Among CAAM’s key functions are to regulate, facilitate and promote the nation’s aviation/aerospace industry as well as to ensure that the national and international obligations of Malaysia in matters relating to civil aviation can be carried out, and the universal safety and security standards and requirements in civil aviation are implemented, complied with and well-maintained. The establishment of CAAM is also to ensure affairs involving Malaysia’s civil aviation industry meet the safety standards and procedures recommended by ICAO.