Jawatan Kosong 2023 di Pentadbiran Negeri Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pentadbiran Negeri Perak
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED 29
(PEREMPUAN)(TASKA GENIUS)
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1 ,352.00 - RM4,003.00
Kekosongan: Satu (1) di Perak Tengah, Perak
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1 ,493.00);
(d) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diitiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1 ,493.00);
(e) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1 ,770.95);
7. Syarat Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
8. Tarikh Tutup lklan : 19 Mei 2023 (Rabu)
9. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan Borang Permohonan berserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Resume, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil-sijil yang berkaitan dengan jawatan dan sekeping gambar berukuran pasport ke alamat seperti di bawah. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan ditolak.
Setiausaha Sahagian
Sahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
30000 lpoh, Perak Darul Ridzuan.
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Mei 2023 (Rabu)
Sejarah
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.