Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) - 5 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)


Jawatan:

1. PENOLONG PENDAFTAR (GRED N41)- (PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN

Description:

Bertanggungjawab penuh di dalam Pengendalian, Penyeliaan, Mengawal, Merancang Serta Merekod Setiap Aset Kolej Universiti dan Proses Pembelian.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Jun 2023




Jawatan Kosong 2021 di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Profil

Sejak beberapa dekad yang lalu, Negeri Perlis telah cuba untuk menjadi sebuah Hab Pendidikan yang terkemuka dengan motto utamanya “Perlis Negeri Ilmu”. Ia antara lain bertujuan untuk menarik pelajar sekaligus menjadi pemangkin pembangunan ekonomi dan meningkatkan komuniti sosial.

Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dinaungi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail telah menubuhkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang mana penubuhannya telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

KUIPs telah mula beroperasi secara sementara di Kompleks Islam Perlis pada 17 Jun 2013 dan telah beroperasi secara rasminya di Blok S1, Kompleks Desa Siswa, Sg. Chuchuh pada 3 Mac 2014. Malah, KUIPs komited untuk menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam yang unggul di rantau ASEAN serta menjadi institusi pilihan kepada pelajar-pelajar Islam dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan Asia Barat.