Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 1 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. PENGARAH PUSAT MEDIA GRED 54/JUSA C

(a) Jawatan Pengarah Pusat Media Gred 54/ JUSA ‘C’
(b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(c) Taraf Jawatan Kontrak
(d) Tempoh Satu (1) tahun sehingga maksimum tiga (3) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap bagi gred B54 /penyambungan kontrak bagi gred Jusa ‘C’ tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Jadual Gaji Gred 54:
Minimum RM6,740.00
Maksimum RM13,583.00
Kenaikan gaji tahunan = RM225.00
 
JUSA ‘C’:
Minimum RM7,189.63
Maksimum RM14,587.54
Kenaikan gaji tahunan = 9%

(Tawaran gred dan gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang/ kelayakan dan pengalaman)


(a) Elaun  Gred 54
(i)   Keraian : RM800.00
(ii)  Perumahan : RM900.00
(iii) Bantuan Sara Hidup : RM300.00

JUSA ‘C’
(i) Keraian : RM2,500.00
(ii) Perumahan : RM1,300.00
(iii) Imbuhan Tetap JUSA : RM1,000.00
(iv) Pembantu Rumah : RM   500.00
(v) Penyelenggaraan Rumah : RM2,000.00(setahun)
(vi) Elaun Gantian Kenderaan : RM2,600.00


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:  

(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada Universiti-universiti Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam sebarang bidang Sebaran Am/Komunikasi Massa/Pengajian Media/Animasi/Penyiaran atau yang bersesuaian;

(c) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 20 tahun dalam bidang berkenaan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta akan dinilai sebagai satu kelebihan; dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(e) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dlam menjayakan visi dan misi;

(f) Mempunyai ciri-ciri keperibadian yang berwawasan tinggi;

(g) Mempunyai kebolehan yang terkemuka mutunya; dan

(h) Mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.


Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama:
 
(a) Mengurus keseluruhan operasi Pusat Media dengan memastikan matlamat dan objektif yang ditetapkan dicapai.

(b) Merangka dan melaksanakan polisi, strategi dan pelan tindakan yang berkaitan dengan Pusat Media.

(c) Mengarah dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti unit di Pusat Media.

(d) Menyediakan cadangan bajet tahunan Pusat Media.

(e) Menyediakan perancangan program-program Pusat Media berasaskan kepada objektif dan matlamat IKIM.

(f) Menganalisis isu/masalah di Pusat Media merangkumi hal ehwal pengurusan, operasi On-Air, penerbitan rancangan radio IKIM dan tvIKIM, laman web dan media sosial, radio streaming, promosi dan penganjuran program acara seterusnya memberikan nasihat, pandangan dan pelan penyelesaian isu-isu tersebut.

(g) Memastikan Pelan Strategik IKIM 2021-2023 bagi Teras 5 : Pengukuhan Penyiaran mencapai sasaran seperti yang ditetapkan.

(h) Menganalisis keputusan GfK RAM setiap kali keputusan dikeluarkan seterusnya menyediakan rumusan dan pelan tindakan serta strategi bagi memperbaiki sebarang kelemahan dan peluang penambahbaikan.

(i) Menasihati pengurusan IKIM berkaitan urusan perlesenan dan isu-isu berbangkit oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Public Performance Malaysia (PPM), Music Authors Copyright Protection (MACP) dan Commercial Radio Malaysia (CRM).

(j) Menganalisis mutu kandungan, format penerbitan, gaya penyampaian rancangan-rancangan terbitan radio IKIM dan tvIKIM, seterusnya mencadangkan dan merangka pelan tindakan ke arah meningkatkan kreativiti penerbit rancangan.

(k) Menganalisis format/susunan siaran (RCS Clock) Radio IKIM dan mengenal pasti kekuatan, kekurangan, peluang penambahbaikan seterusnya mencadangkan cadangan format clock yang mampu meningkatkan kualiti penyiaran Radio IKIM.

(l) Mengurus keseluruhan operasi Pusat Media dengan memastikan matlamat dan objektif yang ditetapkan dicapai.

(m) Merangka dan melaksanakan polisi, strategi dan pelan tindakan yang berkaitan dengan Pusat Media.

(n) Mengarah dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti unit di Pusat Media.

(o) Menyediakan cadangan bajet tahunan Pusat Media.

(p) Menyediakan perancangan program-program Pusat Media berasaskan kepada objektif dan matlamat IKIM.

(q) Menganalisis isu/masalah di Pusat Media merangkumi hal ehwal pengurusan, operasi On-Air, penerbitan rancangan radio IKIM dan tvIKIM, laman web dan media sosial, radio streaming, promosi dan penganjuran program acara seterusnya memberikan nasihat, pandangan dan pelan penyelesaian isu-isu tersebut.

(r) Memastikan Pelan Strategik IKIM 2021-2023 bagi Teras 5 : Pengukuhan Penyiaran mencapai sasaran seperti yang ditetapkan.

(s) Menganalisis keputusan GfK RAM setiap kali keputusan dikeluarkan seterusnya menyediakan rumusan dan pelan tindakan serta strategi bagi memperbaiki sebarang kelemahan dan peluang penambahbaikan.

(t) Menasihati pengurusan IKIM berkaitan urusan perlesenan dan isu-isu berbangkit oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Public Performance Malaysia (PPM), Music Authors Copyright Protection (MACP) dan Commercial Radio Malaysia (CRM).

(u) Menganalisis mutu kandungan, format penerbitan, gaya penyampaian rancangan-rancangan terbitan radio IKIM dan tvIKIM, seterusnya mencadangkan dan merangka pelan tindakan ke arah meningkatkan kreativiti penerbit rancangan.

(v) Menganalisis format/susunan siaran (RCS Clock) Radio IKIM dan mengenal pasti kekuatan, kekurangan, peluang penambahbaikan seterusnya mencadangkan cadangan format clock yang mampu meningkatkan kualiti penyiaran Radio IKIM.


Cara Permohonan:
 
(a)  Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374 

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 1 Jun 2023 jam 4.30 petang.

(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Jun 2023 jam 4.30 petang


Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.