Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) - 11 April 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)


Jawatan:

1. JURUTERA GRED J41 (TETAP)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

Jadual Gaji
Minimum : RM 2,529.00
Maksimum : RM 8,643.00

Elaun:
ITKA RM 300.00
ITP RM 300.00
BSH RM 250.00
KGT RM 225.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat melalui laman sesawang MPKB-GRI di alamat : www.mgkb.qov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

Pemohon dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing - masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut perintah Am Bab A 17.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport, salinan kad pengenalan / surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan.

Permohonan yang lengkap hendaklah diisi secara atas talian bermula 29 Mac 2023 sehingga 11 April 2023.


Perhatian:

i) Permohonan yang lewat diisi tidak akan dilayan.

i) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

iii) Pemohon - pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.



* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 11 April 2023 (Sabtu)




Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)

Latar belakang

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbiran MPKB adalah 19,542 hektar atau 195.42 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.

Pengenalan

Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.