Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 27 Mac 2023

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 1 Kekosongan
(UNIT STRATEGIK DAN PEMBANGUNAN DASAR)
Gaji Minimum : RM 2,080.00 - Gaji Maksimum : RM 9,546.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 300.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 300.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 225.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di NegeriSelangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan : RM 2,080.00) atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya; (Gaji permulaan : RM 2,283.43) dan


2. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 4 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,218.00 - Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 300.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 80.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan


3. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19 - 11 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,360.00 - Gaji Maksimum : RM 4,052.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 300.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di NegeriSelangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang- undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan : RM 1,360.00) ; atau

ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkatKonstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan (Gaji permulaan : RM 1,360.00) ; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaoleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan : RM 1,416.40) ; atau

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaoleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan : RM 1,472.80) dan


4. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 - 4 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,205.00 - Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 300.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 80.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di NegeriSelangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang- undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada
tanggungjawab pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah(PMR) Bidang/Kelayakan Khusus Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaoleh Kerajaan (Gaji Permulaan: RM1, 205.00) atau

ii) Bekas Polis atau Bekas Tentera Bidang/Kelayakan Khusus bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik (Gaji Permulaan: RM1,205.00) dan


5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 - 2 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,549.00 - Gaji Maksimum : RM 5,701.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 300.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i) Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan RM 1,549.00) atau

ii) Diploma dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan RM 1,935.02) dan


6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (UNIT STRATEGIK DAN PEMBANGUNAN DASAR) GRED N29 - 1 Kekosongan
Gaji Minimum : RM 1,493.00 - Gaji Maksimum : RM 5,672.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 300.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan : RM 1,493.00) ; atau

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan RM 1,493.00) ; atau

iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan RM 1,770.95) dan


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2023 (Isnin)






Jawatan Kosong 2022 di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Latar Belakang

​Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979. Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3.