Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
Jawatan:
1. PEMBANTU HASIL
2. PENGAWAL KESELAMATAN
3. PENGHANTAR NOTIS
4. JURUTEKNIK HASIL (KOMPUTER)
5. PENOLONG EKSEKUTIF HASIL
6. EKSEKUTIF HASIL
7. PEMBANTU HASIL (PERCUKAIAN DAN OPERASI)
8. PEMANDU
9. PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (KEJURUTERAAN)
10. EKSEKUTIF HASIL (KEJURUTERAAN)
11. EKSEKUTIF HASIL (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
12. EKSEKUTIF HASIL (PENTADBIRAN)
13. EKSEKUTIF HASIL (PENAKSIRAN)
14. EKSEKUTIF HASIL (PERUNDANGAN)
15. EKSEKUTIF HASIL (PERAKAUNAN)
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2023 (Jumaat)
Pengenalan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
HASiL ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :
Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Akta Setem 1949
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990