Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - 28 Februari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)


Jawatan:

1. PENSYARAH DS45

Bidang:
  • Dakwah
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Perakaunan
  • Multimedia Kreatif
  • Teknologi Maklumat

2. PENOLONG PENSYARAH DS41

Bidang:
  • Qiraat
  • Kaunseling

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2023 (Selasa)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.




Jawatan Kosong 2022 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Pengenalan

Sejarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula pada tahun 1999, memperlihatkan transformasi cemerlang dari sebuah kolej menjadi universiti penuh.

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999. KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.