Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Tawau (MPT) - 28 Februari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Tawau (MPT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Tawau (MPT)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
PELUKIS PELAN (SENI BINA)

Gaji Permulaan : RM 1549.00 (Sijil) / RM 1935.02 (Diploma)
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan (J)


Kelayakan:

1.Sijil atau Diploma dalam bidang Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi /politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2.Bahasa Melayu Kepujian di peringkat SPM/SPMU.


Hanya permohonan yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga bagi jawatan ini

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.



Cara Memohon:

Permohonan boleh dilakukan dengan memuatturun borang dari laman sesawang:
https://mpt.sabah.gov.my/ & permohonan yang lengkap hendaklah di hantar ke:

Majlis Perbandaran Tawau
Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran,
Seksyen Sumber Manusia,
Peti Surat 412,
91007 Tawau, Sabah.


*Sila rujuk link di bawah untuk muatturun sumber iklan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Tawau (MPT)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Tawau telah ditubuhkan pada 01 Januari 1982 melalui change of Status And Amalgamation Enactment  1981 yang meluluskan percantuman Lembaga Bandaran Tawau dengan Majlis Daerah Luar Bandar.

Di naiktaraf dari status bandar Tawau ke sebuah ‘ Perbandaran ‘ yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran Tawau.

Struktur pentadbiran di ketuai oleh Presiden dan dibantu beberapa orang pegawai kanan serta 24 orang Ahli Majlis.