Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) - 17 Februari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS)


Jawatan:

1. ATENDAN PERPUSTAKAAN AWAM2 Kekosongan

2. ATENDAN PERPUSTAKAAN DESA - 1 Kekosongan

Klasifikasi Jawatan: Kontrak
Elaun RM1356.00/bulan

Kekosongan:
i) Perpustakaan Awam, Majlis Perbandaran Kota Samarahan
ii) Perpustakaan Desa Kampung Baru


Syarat Lantikan:

Kelayakan minima-SPM dan sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf.

Kriteria Pemilihan:

Keutamaan akan diberi kepada calon yang:-

(i) Mempunyai pengetahuan asas komputer

(ii) Had umur pelantikan sekurang-kurang umur 18 tahun dan dibawah umur 55 tahun

(iii) Bebas dari rekod jenayah PDRM dan AADK

(iv) Mempunyai kenderaan sendiri

(v) Keutamaan kepada penduduk kampung atau berdekatan dengannya.


Cara Memohon:

Sila isi lengkap Borang Permohonan yang dikepilkan.

Tarikh Akhir bagi menghantar Borang Permohonan adalah selewat-lewatnya pada 17 Februari 2023 (Jumaat) dan dialamatkan kepada :

Setiausaha Perbandaran Kota Samarahan
Seksyen Sumber Manusia dan Latihan
Majlis Perbandaran Kota Samarahan


Dokumen Diperlukan:

i. Salinan Kad Pengenalan yang disahkan

ii. Resume

iii. Salinan Sijil SPM/Setaraf

iv. Sekeping gambar berukuran passport

v. Salinan lesen memandu

vi. Salinan sijil dan dokumen yang berkaitan yang disahkan


*Sila rujuk link di bawah untuk muatturun borang permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Kota Samarahan terletak di daerah Samarahan yang kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuching. Majlis Perbandaran Kota Samarahan telah diwartakan pada 27 Disember 1984 dan melaksanakan kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan di bawah jagaannya bermula 1 Januari 1985.

Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kawalan Majlis Perbandaran Kota Samarahan termasuk Daerah kecil Asajaya dan Daerah kecil Sadong Jaya. Pengerusi Majlis atau lebih dikenali sebagai Wali-kota, mengetuai Majlis Perbandaran Kota Samarahan berdasarkan peruntukan di bawah Ordinan kuasa-kuasa Tempatan (The Local Authority Ordinance).

Daerah Samarahan mempunyai keluasan 593.9 kilometer persegi. Berdasarkan kepada Banci Penduduk 2000, jumlah penduduk bagi Daerah Samarahan adalah (46,966) dan Asajaya (28,513) ialah 75,476. Rupa bentuk muka bumi di Daerah Samarahan adalah rata dan kebanyakannya terdiri dari tanah pamah atau gambut. Keadaan tanah seperti inilah yang sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian dan disinilah projek IADA dijalankan. Antara komoditi yang dihasilkan ialah tanaman limau manis, kelapa, kelapa sawit dan nanas. Terdapat juga tanaman kontan yang popular iaitu padi sawah, tembikai, jagung manis dan sayur-sayuran.

Namun begitu terdapat juga kawasan perindustrian (Samarahan Industrial Zone) yang terletak bersebelahan Kampung Tanjung Bundong. Keluasan Zon Perindustrian Samarahan ialah seluas 62.213 hektar.