Temuduga Terbuka 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Latar Belakang
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN/OPERASI GRED N19
Taraf Perkhidmatan : Kontrak (Personel MyStep)
Tempoh Kontrak : 1 November 2022 – 30 Jun 2023
Kadar Upah : RM1,600.00 sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan PERKESO
Bilangan kekosongan dan penempatan
: 21 Kekosongan di DBP Hulu Kelang
4 Kekosongan di DBP Ibu Pejabat
Kelayakan Akademik:
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
Sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu serta lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.
Kelayakan Pemohon:
- Warganegara Malaysia.
- Memenuhi syarat kelayakan akademik.
- Berumur 18 – 35 tahun.
- Komited, bertanggungjawab, boleh bekerja dalam pasukan dan boleh bekerja dengan bimbingan minimum.
- Mahir menggunakan komputer (Microsoft Office dan lain-lain).
Temu duga terbuka akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:
Tarikh:
18 Oktober 2022 (Selasa)
Masa:
- Sesi Pertama : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
- Sesi Kedua : 2.15 petang – 5.00 petang
Tempat:
Bilik Mesyuarat di DBP Hulu Kelang
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.