Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 14 Oktober 2022

Jawatan Kosong 2022 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong 2022 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN


Syarat Lantikan:
  • WARGANEGARA : MALAYSIA (BUMIPUTERA)
  • AGAMA : ISLAM
  • UMUR : Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 40 tahun dari tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.
  • KELULUSAN : Mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
  • TARAF JAWATAN : SAMBILAN

Cara Memohon:

Sila kemukakan borang permohonan, resume dan salinan sijil melalui e-mel vacancy@kuis.edu.my atau serahan tangan kepada :

Bahagian Pengurusan Insan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan


Nota:
  • Pelajar/ Pelajar lepasan KUIS (termasuk bekas pelajar yang berhenti @ tidak tamat pengajian) tidak dibenarkan memohon.
  • Wanita yang sedang mengandung juga tidak dibenarkan memohon.
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
  • Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan mempunyai kenderaan sendiri.
  • Bayaran elaun adalah sebanyak RM 23.00 bagi setiap sesi (pagi/ petang/ malam)
  • Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian : 03-8911 7000 samb. 3300 / 2122

* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2022 (Jumaat)